Apr 18, 2011

TAHUKAH ANDA.

Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?

Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.

Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.
Kenapa Urat Biru?

Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.

Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.

Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.

Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.



Kanser Usus


KANSER kolorektal yang juga dikenali sebagai kanser usus adalah penyakit kanser yang utama bagi orang lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini.Stastistik menunjukkan masyarakat cina merupakan golongan yang terbesar yang menghidap masalah ini


Setiap tahun di seluruh dunia, 655,000 kematian dilaporkan akibat kanser ini. Kanser usus menjadi kes kanser ketiga yang paling utama dan penyebab kematian kedua di Barat.Di Asia, terutama di Jepun dan Singapura, jumlah kes kanser semakin meningkat dalam tempoh sedekad lalu.


Kanser usus juga telah mengambil alih kanser paru-paru sebagai kanser utama yang menyerang lelaki.
"Dahulu, kanser usus bukanlah sesuatu yang biasa di Jepun, Singapura atau negara Asia yang lain. Satu teori yang dikaitkan adalah diet mereka kini bertukar mengikut diet Barat."Mereka kurang makan makanan yang berserat, minum banyak alkohol dan daging.


"Saya tak mengatakan daging faktor penyebab kanser. Tetapi tabiat pemakanan boleh jadi satu faktor. Diet memainkan peranan utama. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa insiden kanser kolon semakin meningkat di Malaysia, Singapura dan Jepun," menurut Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Wahid.


GAMBARAJAH menunjukkan tahap serangan kanser kolorektal yang menyerang usus.

JANGAN ambil mudah jika pernah berdepan situasi ini darah keluar dari dubur ketika buang air besar.Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar.

Lebih membimbangkan jika petanda itu turut disertai perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan berasa tidak selesa.Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV, tiada jalan pintas untuk bebas daripada belenggu petanda seperti itu, melainkan membuat pemeriksaan doktor dan menjalani pembedahan.Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan.

Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon.Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.

Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser


Pencarian Planet Mirip Bumi

NASA(national aeronautics and space administration) kini sedang mempersiapkan peluncuran pesawat antariksa Kepler, dengan teleskop antariksa baru yang untuk pertama kalinya akan mampu mendeteksi berbagai planet seperti Bumi di luar tata surya.

Kepler dijadwalkan akan diluncurkan dengan roket Delta II dari Pangkalan AU Tanjung Canaveral, di Florida, pada 5 Meret pukul 10:48 waktu setempat atau 6 Maret pukul 10:48 WIB.

Misi tersebut merupakan misi pertama Badan Antariksa dan Aeronautika (NASA) AS dalam pencarian planet-planet yang mengorbit berbagai matahari sama seperti matahari kita, pada jarak dan temperatur yang tepat sehingga memungkinkan adanya air yang mendukung kehidupan.

"Kepler akan merintis jalan menuju tapal batas tak dikenal pada galaksi kita, Bima Sakti, dan berbagai penemuannya boleh jadi akan mengubah secara mendasar pandangan manusia atas galaksi tersebut," kata direktur astrofisika pada badan antariksa itu di kantor pusatnya Washington, Jon Morse, dalam jumpa persnya, seperti dilaporkan AFP, Rabu (4/3).

"Sensus keplanetan Kepler akan menjadi penting sekali bagi pemahaman banyaknya planet seperti Bumi pada galaksi kita dan perencanaan misi-misi yang akan mendeteksi secara langsung dan mengenali ciri-ciri dunia-dunia seperti ini di sekitar bintang-bintang di dekatnya," imbuhnya.

Dilengkapi dengan kamera terbesar yang pernah diluncurkan ke antariksa, yang dikenal sebagai charged couple devices (CCD) 95 megapiksel, teleskop Kepler mampu mendeteksi bintang-bintang yang berkedip secara berkala akibat tertutup planet-planet saat benda langit itu melintas di dekat bintang-bintang tersebut.

Dengan biaya hampir 600 juta dollar AS, misi Kepler akan berlangsung selama tiga tahun dan meneliti lebih dari 100.000 bintang seperti matahari di kawasan konstelasi Angsa dan Lira di galaksi Bima Sakti.

Tak terlalu panas dan juga dingin

Menurut William Borucki, penyelidik utama Kepler yang berkedudukan di Pusat Riset Ames, NASA, di California, proyek itu akan menemukan tempat-tempat dengan kondisi sempurna untuk mendukung kehidupan. "Apa yang menarik perhatian dalam penemuan kami adalah planet-planet itu tak terlalu panas dan tak terlalu dingin. Suhunya cukup memadai," katanya. "Kami akan mencari planet-planet dengan suhu yang betul-betul memadai bagi adanya air cair di permukaan planet."

Teleskop itu, yang siap memelototi sebuah tempat di langit dalam seluruh misinya, mampu melihat bintang-bintang yang kedipannya dipengaruhi planet-planet.

"Planet-planet seperti Bumi di kawasan yang dapat dihuni secara teoritis akan memerlukan waktu setahun untuk mengorbit. Jadi, rentang kehidupan tiga tahun Kepler akan memungkinkan proyek itu untuk memastikan kehadiran sebuah planet dengan mengamati dampaknya yang tak kentara atas bintang-bintang yang diedarinya," kata NASA dalam sebuah pernyataannya.

"Jika kami menemukan banyak planet, ia tentu saja mengandung arti bahwa kehidupan boleh jadi sesuatu yang lazim di seluruh galaksi kita, dan ada peluang bagi kehidupan untuk memiliki tempat berkembang," kata Boeucki.

"Jika planet tak ditemukan atau hanya sedikit ditemukan, itu boleh jadi menegaskan bahwa planet-planet yang dapat didiami seperti Bumi sangat jarang dan Bumi kemungkinan satu-satunya pos terdepan bagi kehidupan," katanya

Apr 17, 2011

Sejarah Undang Luak Negeri Sembilan

Negeri Sembilan kini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang mengamalkan adat pepatih dan yang tidak mengamalkan adat pepatih. Bahagian yang tidak mengamalkan adat pepatih terdiri daripada sebahagian besar daerah Port Dickson, iaitu meliputi kawasan Linggi, Lukut dan kawasan pingir pantai Selat Melaka. Wilayah Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pula terdiri daripada daerah Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Di samping perbezaan sistem adat di sebahagian besar daerah Port Dickson dan daerah-daerah lain di Negeri sembilan, terdapat juga kelainan sistem adat dalam kalangan luak tradisi adat perpatih. Berdasarkan sistem politik tradisi wilayah adat perpatih, Negeri Sembilan kini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

a) Wilayah Luak Berundang
b) Wilayah Luak Tanah Mengandung
c) Wilayah Luak Tampin

Wilayah adat yang diperintah Undang atau Penghulu Luak Adat yang ada ialah Sungai Ujong, Jelebu, Rembau, Johol, Inas, Jempol, Gunung Pasir, Ulu Muar, Terachi dan Naning (Melaka). Di Negeri Sembilan terdapat dua jenis luak adat, iaitu Luak Berundang dan Luak Tanah Mengandung. Tampin juga dianggap sebagai luak tetapi diperintah oleh Tunku Besar. Sebelum dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Undang dan Penghulu menjadi pemimpin.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku atau keluarga seperti suku Biduanda (Dondo), Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumboh), Mungkal Tiga Nenek, Seri Melenggeng (Somolenggang), Seri Lemak (Solomak), Batu Belang, Tnah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu.

Antara 12 suku itu, suku Biduanda ialah suku yang mempunyai kedudukan yang istimewa di Negeri Sembilan. Suku ini dianggap mempunyai hak menyandang pusaka Undang luak dan dianggap sebagai suku asal orang Negeri Sembilan. Suku lain pula merupakan suku-suku pendatang dari Minangkabau (Sumatera Barat). Perbezaan ini mempunyai hubungan yang sangat erat dengan asal orang Minangkabau yang datang ke Negeri Sembilan, iaitu daerah Batu Hampar, Mungkal, Paya Kumbuh, dan Tiga Nenek. Setiap suku mempunyai ketua masing-masing yang kemudiannya dikenali dengan gelaran Lembaga. Selanjutnya suku-suku tersebut terbahgi kepada beberapa suku lagi. Walaupun sedikit perbezaan nama-nama suku dengan Minangkabau (Bodi, Caniago, Koto dan Piliang), namun pada dasarnya suku-suku ini tetap menjalankan adat perpatih.

SEJARAH -> Latar Belakang Pendudukan Negeri Sembilan

NAMA PENUH : NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KELUASAN : 6,645 KM PERSEGI
BERKONGSI SEMPADAN : SELANGOR, MELAKA, PAHANG, DAN JOHOR
ASAL USUL

: DIKAITKAN DENGAN GABUNGAN SEMBILAN BUAH NEGERI (LUAK) TELAH
MENGALAMI BEBERAPA PERUBAHAN. HARI INI, SEMBILAN BUAH NEGERI
ATAU LUAK ITU TERDIRI DARIPADA:

LUAK UNDANG YANG EMPAT:
i. SUNGAI UJONG
ii. REMBAU
iii. JELEBU
iv. JOHOL

TANAH MENGANDUNG, TERDIRI DARIPADA LIMA LUAK:
i. ULU MUAR
ii. JEMPOL
iii. TERACHI
iv. INAS
v. GUNUNG PASIR
PENDUDUK : LEBIH KURANG 949,000 ORANG (TAHUN 2000). TERDIRI DARIPADA KAUM
MELAYU, INDIA, CINA DAN LAIN-LAIN.
IBU NEGERI : SEREMBAN
BANDAR DIRAJA : SERI MENANTI
KETUA NEGERI : DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN,
TUANKU MUHRIZ IBNI AL-MARHUM TUANKU MUNAWIR
KETUA KERAJAAN : MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS,
YAB. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN

Adat Perkahwinan Negeri Sembilan

Merisik

Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya dir. Ia akan dilakukan oleh orang lain ang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu.

Biasanya,gadis yang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak, tahu menjahit dan sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan.

Meminang

Rombongan peminangan selalunya akan diwakili oleh saudara pihak lelaki yang terdekat.Rombongan ini akan dilengkapkan dengan sirih junjung.Waktu dahulu pembuka bicaranya merupakan pantun.Walaupun pada hakikatnya kedua-dua pihak tela setuju, namun mengikut adat dahulu, kata putus akan di berikan beberapa hari selepas rombongan tadi datang.Apabila kata sepakat telah di capai barulah pinangan tadi diterima secara sah. Perbincangan akan berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran dan jumlah barang iringan yang akan di bawa oleh pihak lelaki.Mas kahwinbiasanya akan ditentukan berdasarkan negeri asal atau tempat tinggal pihak perempuan.

Pada waktu ini akan ditentukan juga, sekiranya sudah bertunang pihak perempuan ingin memutuskan tali pertunangan tersebut dia akan membayar segala ganti rugi sekali ganda sebagaimana yang diterimanya.Contohnya jika hantaran pihak lelaki ialah RM4000 maka ia akan berganda sebanyak RM8000.
Tetapi jika pihak lelaki yang mungkir janji, segala wang hantaran tersebut akan dikira sebagai tebus ganti dan tidak dikembalikan kepada pihak lelaki.

Hantaran

Hantaran yang digubah, akan menjadi pengiring kepada majlis pertunangan dan majlis perkahwinan.Tepak Sirih akan dijadikan sebagai pembuka bicara dalam majlis ini.

Sejarah Negeri Sembilan



Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

ASAL NAMA N.SEMBILAN

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor[1]. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

YAMTUAN

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.

ADAT PERPATIH

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka


=wikipedia

Thanks Friends..



Salam semua lama aku x update laman aku nie..mcm biasa pc aku kena virus pula..rindu kat rakan2 fb..terutama kat maruku,musang,antu pocong,gorila dan cocak,pak din,sue hiromie dan zue( otomen)...harap dowang nie enjoy...thanks kawan2 sudi menghiburkan hati aku..love u olz..dowang nie mank sporting giler..i likes...harap sampai bile2 kite akan bersahabat...






Apr 7, 2011

Telur Pun Ada Yang Palsu

Saya petik: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.


Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.


Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama.


Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan: •Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. •Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. •Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. •Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. •


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. •Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. •Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. •Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.


Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP.


Artikal ini di ambil dari blog duniacacmerba -